Friday 9 May 2014

TIPS : Praktikal ( Latihan Industri )

Assalamualaikum..

Maaf la baru muncul dekat blog ni. Sibuk la sangat kan. So, sekarang ni tengah menghayati cuti semester yang teramat sangatlah bosan. Hancur Bm aku. Anyway, Sekarang ni aku nak berkongsi la jugak pengalaman selama 4 bulan aku praktikal hari tu. Jujur aku cakap, pratikal la pengalaman paling ngeri bagi aku. Tak nak dah lepas ni. Walaupun pahit terpaksa aku telan, aku berjaya menamatkan praktikal di UiTM. Happy kemain. Siap bilang hari lagi tau !

Focus from title, praktikal ni jangan buat main-main sebab bagi aku praktikal ni la menentukan cara kita bekerja suatu hari nanti. So, bagi student yang bakal praktikal tu, aku nak bagitau perkara yang paling penting adalah pemilihan tempat. Jujur aku cakap. Ramai student yang salah pilih tempat. Salah pilih tempat maksud aku adalah, cuba pilih dengan betul. Sesuai tak dengan kos/kursus yang kita tengah belajar sekarang. Sungguh. Bila korang salah pilih tempat, kerja yang korang buat pun jadi salah.
\
Tapi ade orang kate, salah pilih tempat ni bagus jugak sebenarnya sebab kita dapat belajar sesuatu yang baru. Yes, betul kita dapat belajar sesuatu yang baru tapi bila pemantau datang atau masa buat presentation nanti, kita akan ada masalah. Sebab masa aku kena pantau hari tu, dia tanya aku macam ni. " Sepanjang awak praktikal dekat sini, ade tak kerja yang awak buat same dengan ape yang awak belajar dekat Politeknik ?". Same jugak masa aku presentation, pensyarah pun tanya perkara yang same. Kalau boleh, gunakan ape yang kita belajar masa praktikal. So, tempat tu kena pilih dengan betul and pilih tempat bukan semata-mata nak dapat elaun sahaja.

First empression very important. Seriously, jangan terlampau nervous and don't over confident masa daftar diri. Bagi aku bila dah masuk dalam organisasi, kena pandai ' cakap ' and bawak diri. Bila ade staff kat sane tanya soalan,, jawab. Jangan senyap and please jangan jawab TAK TAHU. Tukarkan ayat 'tak tahu' kepada 'tak pasti'. Jangan menipu bila dia tanya pasal tempat korang belajar ataupun ape yang korang pernah belajar di poli/Uni sebab dorang lebih tahu. Kadang-kadang dorang saja nak uji dengan soalan macam tu.

Dengar betul-betul dan faham ape yang dorang suruh buat. Kalau tak pandai, terus terang. Mintak tolong dorang ajar. Actually, bila korang mintak tolong ajar, dorang lebih suka. Jangan tangguh bila dapat kerja. If kerja korang buat tu tak sempat siap dengan masa yang dia bagi, cakap elok-elok. Bagi sebab so, takde la korang kena marah kan.

Tipu la kalau student praktikal tak pernah kena marah kan. Aku memang banyak kali kena marah. Satu je pesanan, jangan cepat melatah. Kena la marah teruk macam mana sekali pun, tahan jela. Jujur aku cakap, kat sana banyak kali aku nangis. Tapi takde ah nangis depan dorang. Biasanya aku bila kena marah, memang aku lawan. Yela, sifat panas baran aku ni susah sikit. Tapi bila dah ade dalam situasi macam ni terpaksa la kena control. Bila tak dapat lawan, aku pun nangis. Maybe itu cara paling baik daripada lawan. Bukan salah aku pun, aku ia kan je sebab taknak besarkan masalah. Nanti serabut. Baik tak aku? Hahaha. Poyo.

Bagi student praktikal politeknik, korang kena ade buku jurnal. Ni, akak nak pesan, buku tu jangan duk ditangguh. Tulis setiap hari. Jangan jadi macam aku. Nanti gelabah. Sumpah aku cakap nanti gelabah. Susah tau kalau tak tulis hari-hari. Paling parah bila pemantau datang secara mengejut. Memang cari nahas. Sebab pemantau akan wajib tengok buku jurnal dan baca apa yang korang tulis. Tak kisah la sikit or banyak mana korang tulis, asalkan ada isinya. Jangan tinggal kosong. Tips bila pemantau datang, korang kena banyak cakap dengan dia tau. Aku bernasib baik sebab dapat pensyarah pemantau dari Politeknik Kuala Terengganu. Baik sangat-sangat walaupun aku tak faham mana dia cakap sebab dia orang Kedah. Banyak bertanya dengan pemantau, jangan buat dia bosan.

Untuk report, presentation please jangan buat last minute. Percayalah cakap aku. Jangan buat last minute. Report pastikan complete. Untuk slide presentation, atas pensyarah sebenarnya. Masa presentation tu, jangan nervous. Cerita ape yang korang faham and please jangan cerita apa yang korang hafal. Maybe politeknik lain, or Universiti cara presentation lain. Tapi masa aku present hari tu, sorang2. Aku ingatkan kena present depan orang ramai rupanya tak. Cara presentation lebih kepada macam interview. Duk sebelah menyebelah dengan lecture. Tak nervous sangat la sebab dia panggil sorang sorang and just kita dengan lecture je. Aku ulang sekali lagi, present apa yang kita faham jangan present apa yang kita hafal.

Di kesempatan ini jugak, aku nak mintak maaf banyak jika ada salah apa yang aku explain tapi ni adalah pengalaman aku. Maybe tak sama dengan korang. Terima kasih kepada semua staf UiTM (Terengganu) Kampus Kuala Terengganu, Chendering sebab banyak sangat beri tujuk ajar. Of course thanks a lot to classmates sebab banyak sangat bagi maklumat, banyak sangat tolong sesama sendiri. Tanpa classmates aku confirm report and slide presentation aku tak siap. Dorang banyak sangat tolong aku. Terharu. Terima kasih !





Saranghae. Bye !