Yusra pasti korang mesti kenal kan Asyraf Imam muda.. tadi yusra bosan2 duk kat rumah then yusra pun terdetik nak bace majalah WANITA. Dan Yusra bace yg Asyraf Imam muda tulis dan tajuknya ' WANITA LEBIH MUDAH MASUK SYURGA' dan teringin nak kongsikan kat korang.
Wanita sering digandingkan dengan sifat kelemahan tetapi sebenarnya kelemahan itulah kelebihan bagi mereka. Bagaimanapun wanita hari ini sudah tidak dipandang rendah lagi, wanita sudah mula dihargai. Wanita sudah mendapat pengiktirafan dunia sehingga ada yang dilantik menjadi pemimpin nombor satu Negara. Isu kita bukanlah taraf wanita didunia, tetapi kita akan berbincang mengenai nasib wanita wanita di akhirat kelak. Pada asasnya, semua manusia layak menghuni syurga Allah sekiranya manusia itu mahu. Ini berdasarkan hadis " Setiap kamu telah layak memasuki syurga kecuali yang enggan. " Sahabat bertanya, "siapakah yang enggan wahai Rasulullah"? Sabda Rasulullah " Siapa yang mentaatiku masuk syurga, siapa yang mengingkariku dialah yang enggan."
Maka dalam hadis ini lelaki dan perempuan telah layak memasuki syurga. Tetapi keistimewaan perempuan untuk untuk ke pintu syurga lebih luas lagi. Mereka telah dijanjikan dengan lebih janji yang lebih kemas. Hadis Ummu Salamah " Sekiranya seseorang wanita meninggal dunia dan suaminya redha dengannya pasti akan masuk syurga" Walaupun wanita tidak dituntut mengangkat senjata seperti lelaki tetapi mereka memiliki ruang untuk mendapat syahid. Wanita mampu membersihkan dosanya dengan melahirkan anak dari rahim mereka. Inilah penghormatan dan anugerah besar pada wanita. Mereka adalah perantaran dalam proses penciptaan manusia sejak generasi pertama. Wanita diizinkan Allah menerima penghapusan dosa sebersih kain putih dalam setiap kelahiran anak. Mereka juga dikurniakan kasih sayang yang Allah iktiraf sebagai kasih terhebat makhluk kepada anaknya. Sehingga Rasulullah membandingkan kasih Allah pada hamba yang bertaubat lebih kuat daripada kasih seorang ibu pada anaknya.
Rasanya kasih ini adalah anugerah besar kepada hambanya. Kemudian Allah memberi pula ganjaran bila kasih ini dicurahkan. Wanita lebih mudah ke syurga berbanding lelaki. Seolah-olah kaki kanan wanita sudah di sana hanya menanti kaki kirinya melangkah masuk tetapi sangat menggerunkan lebih ramai wanita menghuni nereka daripada mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka. Wanita lebih mudah terarah melakukan dosa sedangkan dia tidak perlu melakukan banyak untuk mendapati syurga.
Wanita hanya perlu menjaga dirinya daripada dosa dan mencari keredhaan Allah dalam khidmatnya pada suami maka syurga terbentang menyambut kedatanganya. Tetapi yang mudah itu tetap menjadi susah apabila nafsu mendorong ke arah neraka. Maka dengan itu mendidik wanita haruslah dengan sehalus mungkin. Rasulullah mengingatkan " Wanita dicipta daripada rusuk yang paling bengkok..." bukankah menjelaskan kekhilafan wanita tetapi lebih kepada mendidik mereka perlukan kebijaksanaan. Tidak ada jalan lain dalam membentuk wanita ahli syurga melainkan kembali pada didikan al-Quran dan as-Sunnah. Bagaimana Rasulullah mendidik isteri-isterinya, anak-anaknya dan para wanita di zamannya. Maka jalan yang sama perlu diselusuri oleh pendidik wanita hari ini agar menerima hasil yang sama dalam mendapatkan wanita penghuni syurga yang membahagiakan muka bumi. " Sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah... " itulah sabda Baginda yang mengangkat wanita diatas segala keindahan dunia. Bagaimanapun menjadi wanita solehah bukan sekadar perhiasan dunia, ia juga jaminan ke syurga. Bagaimanapun wanita adalah kemegahan yang paling tersembunyi kerana mereka yang terbaik adalah yang paling melindungi diri daripada khalayak atau kemasyhuran. Wanita adalah lambang kepada kerahsian dan juga malu. Wanita itu sifatnya perahsia dan dia sendiri menjadi rahsia yang sangat dipelihara oleh masyrakat. Jadi sangatlah wajar al-Quran menetapkan penutup-penutup kerahsian mereka dalam garisan pensyariatan aurat dan juga adab-adab pergaulan yang tinggi dan terpuji. Sehinggakan suara mereka juga menjadi perhatian al-Quran untuk dipadukan penjagaanya.
Wanita perlu menyedari hakikat pengiktirafan ini. Jika gagal menyedarinya akan membuatkan wanita tertipu dengan nilai-nilai yang direka bagi memperalatkan wanita untuk memuaskan golongan tertentu Amat rugi jika wanita merasakan janji syurga itu hanya pada lelaki padahal syurga dalah janji terindah yang perlu diraih oleh setiap manusia. Wanita perlu merasakan kegerunan azab nereka kerana mimpi buruk sepanjang hayat lebih indah daripada menghidu bau neraka. Tutuplah sebentar kedua-dua matamu dan cuba hayati seruan syurga yang indah dalam alunan tilawah surah an-Nisa dan surah an-Nur. Dua surah ini memberi banyak garisan pedoman mengenai wanita. Jika berpeluang ikutilah kuliah-kuliah tafsir berkenaan surah-surah ini.
Selain itu, wanita menjadi sumber amal soleh kepada lelaki. Wanita yang solehah akan menjadi sumebr pahala kepada si suami. Rasulullah berpesan kepada semua lelaki dengan sabda yang ringkas tetapi mengumpan " Sebaik-baik kamu yang paling baik pada orang rumahnya" Maka suami yang inginkan ganjaran kebaikan seharusnya berlaku baik pada wanita. Wanita sangat terpengaruh sebenarnya walaupun mereka sering dikaitkan dengan perkara remeh-temeh tetapi mereka telah terbukti mengubah damai menjadi perang dan merubah perang menjadi damai. Peranan wanita yang paling utama adalah dalam melahirkan manusia. Cemerlangnya ummah bermula dengan langkah pertama wanita dalam mendidik anak-anaknya, kegagalan ummah juga boleh disebabkan wanita dalam rangka mereka mengabaikan anak-anak.
Wanita telah diciptakan untuk menemani Adam ke syurga, Hawa adalah wanita pertama. Tetapi keinginan wanita perlu diberi bimbingan iman. Maka teman wanita yang selayaknya adalah al-Quran dan istighfar. Wanita yang tidak beriringan zikir akan dikawal hawa nafsu yang diriwayatkan mengepung wanita. Bagaimanapun tidak akan lahir kebaikan tanpa wanita yang baik dan tidak semua kejahatan itu daripada wanita. Wanita yang mendapat kasih sayang akan menabung kasih itu untuk dilaburkan pada generasi akan datang. Maka wanita yang berbakat besar menjadi wanita yang baik adalah wanita yang diikat dan dililit dengan kasih sayang yang sejati, kasih sayang rabbani. Iaitu perasaan kasih seorang ayah dan ibu dalam mendidik anaknya dengan Islam, kasih seorang guru dalam membekalkannya ilmu yang selari dengan garis tuntutan syarak. Cinta suami yang dinikahi dengan penuh konsep pengabdian diri kepada Allah.
Sesungguhnya wanita adalah makhluk yang diciptakan dengan segenap unsur kebaikan tetapi mereka akan dirosakkan sedikit demi sedikit oleh sistem masyarakat yang gagal menerapkan Islam sebagai cara hidup . Maka kita harus membuat pembaikan menyeluruh kepada sistem kemasyarakatan dalam melahirkan wanita penghuni syurga seramai mungkin di kalangan masyarakat kita yang semakin tandus nilai kasih sayang. Saya menyeru seluruh wanita agar mempertahankan maruah dan kredibiliti mereka dengan menjaga hak-hak Allah dalam diri mereka. Syurga adalah milik Allah dan pasti Allah menyediakan kepada yang Allah redha dan kasih.
Agak panjang coretan dari beliau.. tapi Yusra berharap perkongsian ini dapat memberi kita kesedaran.