Monday, 11 September 2017

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN ( Jurusan Untuk Sambungan Ijazah )

Assalamualaikum...

Hmmm. rase macam awkward gile kot dah lame tak singgah dekat blog sendiri. Dah 2 tahun kot. Ade sebab kenapa balik dekat blog ni. Tengah takde keje ni saje2 duk main laptop. Mentang mentang la laptop dah okay. Dulu rosak. Then terjumpa blog ni. Ya Allah serius banyak gile cerita mengarut dekat blog ni banyak perkara tak matang.... so.. I delete banyak stories dekat blog ni. And I want to apologize for those keep asking me to reply their comments . Bukan sombong. Tapi laptop rosak. Nak taip mcam mana. Lebih2 lagi story pasal Diploma Sains Kesetiausahaan. Seriously.. Tak tau pun yang ramai baca pasal tu ramai jugak yg direct email tny pasal DSK.

So I want to continue about DSK but this gonna be REAL last part because dah lame tinggal zaman Politeknik. Confirm memang banyak perubahan. Ramai yg tanya kursus ape yang sesuai untuk sambung degree. Hmmm sudohhhh.. hahaha sebab aku sendiri tak sambung ijazah so seriously aku memang tak tahu but I asking my friends yg tengah sambung degree ni. Kursus ape yang dorang ambil. Rajin pulak aku contact dorang walaupun aku ni jenis yg teramat pemalas bab2 wasap ni.

I just can give you list kursus yg boleh korang sambung degree selepas habis diploma nanti. InsyaAllah. Rezeki Allah ni luas. Tapi aku takleh la nak explain macam mana, pembelajaran, universiti mana... semua tu memang tak tahu. Sikit je yang aku tahu. Ramai je kawan aku sambung degree. Unisza, UUM... haaa tu jela Universiti yg aku tahu. And if ade yg bace blog ni ade nak kongsi ape2 boleh la komen. Mane tahu kot2 boleh kongsi pengetahuan pasal DSK ni lebih luas.

1- Ijazah Sarjana Muda Kerja Sosial
2- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia
3- Degree in finance

Setakat ni jela yang aku tau tapi aku rase memang banyak lagi jurusan yang korang boleh sambung. Senior or bekas student DSK boleh kongsi je kat sini okay. Bye.


Tuesday, 23 June 2015

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN ( LAST PART )

Assalamualaikum

Actually aku tak tau nak start macam mana sebab dah lama tak menaip dekat blog ni. Anyway,  aku nak minta maaf banyak2 sape2 yg email, komen blog aku ni sebab aku ambik mase lame nak balas. For your information, dah setahun aku tak bukak blog dan yang paling teruk 4 bulan aku tak check email. So today aku habiskan mase dengan membace/membalas email and bace blog.

Pagi tadi aku check email ramai yang tanya pasal DSK. Sebelum ni aku ada post pasal ni tapi sikit je sebab masa tu aku tak habis belajar lagi. Alhamdulillah sekarang aku dah habis belajar. Ade yang request untuk subject sem 5 & 6.

Maybe sekarang ni tak same dengan yang adik adik sekalian belajar. Tapi takpe la akak nak kongsi jugak. hehe


SEMESTER 5

1. Communicative English 3
2. Notetaking
3.  Business Law
4.  Records Management
5.  Business Accounting
6.  Entrepreneurship

Communicative English 3 ni agak same macam Communicative English 1 & 2. For Communicative English 3 ada Mock Interview. Macam biasa la kalau dah interview ni memang kena prepare resume and cover letter. Semuanya lecture akan ajar so don't worry. Takde Final Exam.

Notetaking susah aku nak explain macam mana. Aku just explain ape yang aku faham je okay. Bagi aku Notetaking ni gabungan dari subject Shorthand, Trengkas and Document Processing. Melalui Notetaking jugak korang akan belajar macam mana nak buat minutes meeting, brochures, itinerary dan banyak lagi la. Untuk ambik subject Notetaking ni korang wajib lulus Trengkas 2 & Shorthand 2. Takde Final Exam. Untuk subject Business Law memang aku focus 100% mase lecture ajar sebab aku langsung tak bace buku. Ape yang ade dalam buku dan ape yang lecture ajar memang lain. Business Law memang susah sebab banyak sangat akta kena ingat. Aku rase Entrepreneurship korang tak belajar masa sem 5. Maybe sem 3. Aku pun tak sure. Sebab batch aku belajar sem 5.

SEMESTER 6

1.  Organizational Behavior
2.  Office Practice
3.  Law & Procedures of Meeting
4.  Event Organization
5.  Business Communication

Sem 6 paling mencabar dan paling penat bagi aku. Law & Procedures of Meeting subject paling senang bagi aku. Rajin membaca insyaAllah boleh jawab masa final exam. Akta tak banyak macam Business Law.

Event Organization subject paling aku suka sepanjang aku jadi pelajar DSK. Tapi subject ni jugak lah buat korang memang tak cukup tidur. Langsung takde kuiz, test. Cuma ade beberapa task kena buat. Korang kena fikir event ape yang kena buat. Aku tak nak explain banyak2 pasal Event Organization sebab aku akan update pasal ni. RAINBOW RUN. InsyaAllah.


 Ape yang aku kongsi maybe takkan same dengan korang belajar sekarang. If ade salah please betulkan yer. Thanks for reading :)

Friday, 9 May 2014

TIPS : Praktikal ( Latihan Industri )

Assalamualaikum..

Maaf la baru muncul dekat blog ni. Sibuk la sangat kan. So, sekarang ni tengah menghayati cuti semester yang teramat sangatlah bosan. Hancur Bm aku. Anyway, Sekarang ni aku nak berkongsi la jugak pengalaman selama 4 bulan aku praktikal hari tu. Jujur aku cakap, pratikal la pengalaman paling ngeri bagi aku. Tak nak dah lepas ni. Walaupun pahit terpaksa aku telan, aku berjaya menamatkan praktikal di UiTM. Happy kemain. Siap bilang hari lagi tau !

Focus from title, praktikal ni jangan buat main-main sebab bagi aku praktikal ni la menentukan cara kita bekerja suatu hari nanti. So, bagi student yang bakal praktikal tu, aku nak bagitau perkara yang paling penting adalah pemilihan tempat. Jujur aku cakap. Ramai student yang salah pilih tempat. Salah pilih tempat maksud aku adalah, cuba pilih dengan betul. Sesuai tak dengan kos/kursus yang kita tengah belajar sekarang. Sungguh. Bila korang salah pilih tempat, kerja yang korang buat pun jadi salah.
\
Tapi ade orang kate, salah pilih tempat ni bagus jugak sebenarnya sebab kita dapat belajar sesuatu yang baru. Yes, betul kita dapat belajar sesuatu yang baru tapi bila pemantau datang atau masa buat presentation nanti, kita akan ada masalah. Sebab masa aku kena pantau hari tu, dia tanya aku macam ni. " Sepanjang awak praktikal dekat sini, ade tak kerja yang awak buat same dengan ape yang awak belajar dekat Politeknik ?". Same jugak masa aku presentation, pensyarah pun tanya perkara yang same. Kalau boleh, gunakan ape yang kita belajar masa praktikal. So, tempat tu kena pilih dengan betul and pilih tempat bukan semata-mata nak dapat elaun sahaja.

First empression very important. Seriously, jangan terlampau nervous and don't over confident masa daftar diri. Bagi aku bila dah masuk dalam organisasi, kena pandai ' cakap ' and bawak diri. Bila ade staff kat sane tanya soalan,, jawab. Jangan senyap and please jangan jawab TAK TAHU. Tukarkan ayat 'tak tahu' kepada 'tak pasti'. Jangan menipu bila dia tanya pasal tempat korang belajar ataupun ape yang korang pernah belajar di poli/Uni sebab dorang lebih tahu. Kadang-kadang dorang saja nak uji dengan soalan macam tu.

Dengar betul-betul dan faham ape yang dorang suruh buat. Kalau tak pandai, terus terang. Mintak tolong dorang ajar. Actually, bila korang mintak tolong ajar, dorang lebih suka. Jangan tangguh bila dapat kerja. If kerja korang buat tu tak sempat siap dengan masa yang dia bagi, cakap elok-elok. Bagi sebab so, takde la korang kena marah kan.

Tipu la kalau student praktikal tak pernah kena marah kan. Aku memang banyak kali kena marah. Satu je pesanan, jangan cepat melatah. Kena la marah teruk macam mana sekali pun, tahan jela. Jujur aku cakap, kat sana banyak kali aku nangis. Tapi takde ah nangis depan dorang. Biasanya aku bila kena marah, memang aku lawan. Yela, sifat panas baran aku ni susah sikit. Tapi bila dah ade dalam situasi macam ni terpaksa la kena control. Bila tak dapat lawan, aku pun nangis. Maybe itu cara paling baik daripada lawan. Bukan salah aku pun, aku ia kan je sebab taknak besarkan masalah. Nanti serabut. Baik tak aku? Hahaha. Poyo.

Bagi student praktikal politeknik, korang kena ade buku jurnal. Ni, akak nak pesan, buku tu jangan duk ditangguh. Tulis setiap hari. Jangan jadi macam aku. Nanti gelabah. Sumpah aku cakap nanti gelabah. Susah tau kalau tak tulis hari-hari. Paling parah bila pemantau datang secara mengejut. Memang cari nahas. Sebab pemantau akan wajib tengok buku jurnal dan baca apa yang korang tulis. Tak kisah la sikit or banyak mana korang tulis, asalkan ada isinya. Jangan tinggal kosong. Tips bila pemantau datang, korang kena banyak cakap dengan dia tau. Aku bernasib baik sebab dapat pensyarah pemantau dari Politeknik Kuala Terengganu. Baik sangat-sangat walaupun aku tak faham mana dia cakap sebab dia orang Kedah. Banyak bertanya dengan pemantau, jangan buat dia bosan.

Untuk report, presentation please jangan buat last minute. Percayalah cakap aku. Jangan buat last minute. Report pastikan complete. Untuk slide presentation, atas pensyarah sebenarnya. Masa presentation tu, jangan nervous. Cerita ape yang korang faham and please jangan cerita apa yang korang hafal. Maybe politeknik lain, or Universiti cara presentation lain. Tapi masa aku present hari tu, sorang2. Aku ingatkan kena present depan orang ramai rupanya tak. Cara presentation lebih kepada macam interview. Duk sebelah menyebelah dengan lecture. Tak nervous sangat la sebab dia panggil sorang sorang and just kita dengan lecture je. Aku ulang sekali lagi, present apa yang kita faham jangan present apa yang kita hafal.

Di kesempatan ini jugak, aku nak mintak maaf banyak jika ada salah apa yang aku explain tapi ni adalah pengalaman aku. Maybe tak sama dengan korang. Terima kasih kepada semua staf UiTM (Terengganu) Kampus Kuala Terengganu, Chendering sebab banyak sangat beri tujuk ajar. Of course thanks a lot to classmates sebab banyak sangat bagi maklumat, banyak sangat tolong sesama sendiri. Tanpa classmates aku confirm report and slide presentation aku tak siap. Dorang banyak sangat tolong aku. Terharu. Terima kasih !





Saranghae. Bye !


Monday, 11 November 2013

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN ( PART 2 )

Assalamualaikum..

Yes, dulu Yusra pernah update pasal ni. Tapi masa tu Yusra semester 1. Now dah nak masuk semester 4 dan Yusra sendiri tak sangka akan adanya Part 2. Kali ni Yusra lebih berkeyakinan nak cerita pasal ni sebab dah ada pengalaman belajar dalam jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan ni. Objektif pertama adalah sebab nak berkongsi dengan adik-adik yang bakal ambil jurusan setiausaha di mana2 Politeknik. Maybe akan banyak persamaan dengan apa yang Yusra ceritakan dulu tapi kali ni Yusra akan bercerita lebih mendalam .

Ramai yang fikir bila sebut je setiausaha mesti akan kerja urusan pejabat and so on. But to me, tak semestinya bila belajar jurusan setiausaha mesti kerja ala ala kerani. Bcoz semua benda korang akan belajar. Account, marketing, law dan macam2 lagi. Dan kalau lah dikatakan kalau korang nak sambung degree then nak ambik jurusan Pemasaran pun boleh sebab korang dah ada basic marketing. See, tak semestinya jadi setiausaha. And bila korang sambung lebih tinggi like degree, master or Phd korang boleh jadi lecturer. Okay, now meh Yusra ceritakan sedikit pasal DSK ni.

Bila dengar je pasal setiausaha je, please jangan fikir jurusan ni paling senang. Seriously, bagi Yusra jurusan ni agak mencabar. Semester 1 paling senang korang nak skor dan korang boleh skor dekan. Semester 1 korang kena struggle betul2 sebab bila dah masuk semester 2 akan tipis nak target tinggi. Dibawah ni Yusra senaraikan subjek2 @ kursus yang korang kena ambik. But sampai semester 4 je ye.

SEMESTER 1

1- Islamic Education 1 ( bagi yang beragama Islam)
2- Moral Education 1 ( bagi yang non muslim)
3- Communicative English 1
4- Co-curriculum 1
5- Microeconomics
6- Office Suite Software
7- Office Administration 1
8- Keyboarding Skills

Yusra rase semester 1 takde perubahan apa2 kot. Untuk Keyboarding Skills korang kena belajar menaip menggunakan Typewritter. Semester 1 subjek final exam ialah Microeconomics and Office Administration 1.

SEMESTER 2

1- Islamic Education 2 ( Bagi yang beragama Islam )
2- Moral Education 2 ( bagi yang non muslim )
3- Co-curriculum 2
4- Occupational Safety and Health 1
5- * Principles of Marketing
6- Shorthand 1
7- Document Processing
8- Personality Development
9- Trengkas 1

Yusra tak sure sape2 yang ambik DSK lepas ni belajar ke tak Principles of Marketing. Tapi mase Yusra semester 2 Yusra belajar lagi. Ade yang kata sekarang ni jurusan DSK tak belajar dah Principles of Marketing. So, Yusra tak sure. Better rujuk dengan pensyarah. Btw, marketing ni senang je tapi susah nak menghafalnya. Document Processing ni sama je macam Keyboarding Skills and Office Suite Software. Untuk Shorthand and Trengkas, korang kena belajar tulisan cacing. Haha. Tak la macam cacing sangat. Tapi subjek trengkas and shorthand lah paling susah. Sape2 yang ambik jurusan DSK kat politeknik je yang belajar gurisan trengkas and Shorthand. Subjek tuk final exam ialah Trengkas 1, Shorthand 1, Personality Development and Princples of Marketing ( kalau kena belajar lagi lah ).

SEMESTER 3

1- Islamic Civilization
2- Communicative English 2
3- Soft Skills
4- Macroeconomics
5- Shorthand 2
6- Trengkas 2
7- Office Administration 2

Communicative English 2 banyak kena prepare untuk presentation. Seakan akan persediaan sebelum MUET lah kot. Tapi best. Kena ingat, kalau korang tak lulus Shorthand & Trengkas 1 , korang tak boleh ambik Shorthand & Trengkas 2. Tak susah pun sebenarnya nak belajar tulisan tersebut kena rajin je. Bagi Yusra susah..hehe. Subjek Final exam ialah Macroeconomic and Office Administration 2.

SEMESTER 4

Industrial Training. Semester 4 korang wajib pergi praktikal. Syarat lulus pergi praktikal adalah cukup jam kredit. Rasenya 42 jam kredit kot. Kalau tak silap la. Kalau silap maaf ye. Pengalaman praktikal belum ada lagi. InsyaALLAH bulan 12 ni yusra praktikal. Dan kalau ada kesempatan, Yusra akan kongsikan pengalaman praktikal. Semester 5 & 6 yusra tak boleh nak cerita lagi. Overall, tak kiralah bidang apa yang korang ambik, tak semuanya senang kalau tak ade usaha. Paling penting adalah usaha dan jangan mengalah. If ada salah pasal ni please betulkan ye :)

Ini adalah link page DSK Polisas.

 https://www.facebook.com/pages/Diploma-Sains-Kesetiausahaan-POLISAS/129783710400628

If ada soalan boleh la tanya.

* Sekiranya ada salah, tolong tegur n betulkan yer.. :)

Friday, 11 October 2013

Our Unite Day

Assalamualaikum..

Hampir sebulan tak update blog, rindu sangat2 nak menaip. Akhirnya, dapat jugak . Story ni dah lame sangat2  tapi yusra nak jugak update dekat blog ni. Bukan ape, nanti bile tua,lupe pulak kenangan semasa belajar. Jadi, dekat blog ni la Yusra boleh ingat balik kenangan semasa belajar. Sebulan yg lepas ( tak sampai sebulan pun) classmate Yusra buat satu event untuk subjek Soft Skills. Kitorang buat dalam Poli ni je. Tema event kitorang ialah OUR UNITE DAY.

Tugas Yusra tak sesibuk macam orang lain... hehe.. tapi Yusra tolong jugak ye. Awal pagi2 kitorang dah pergi dekat padang. Bagi Yusra sendiri, program ni sangat2 berguna sebab dapat belajar banyak pengalaman sebab 100% hasil dari program ini, kami sendiri yang uruskan. Selama ni memang tak pernah handle projek. Bimbang jugak. Lebih2 lagi soal makanan. Tapi Alhamdulillah, sepanjang program berlangsung, takde masalah pun.


           Mase sampai tengok2 dorang dah ade, AJK multimedia dan permainan. Good9.. hihi..




Sebelum acara ni berlangsung, kitorang dah dibahagikan 3 kumpulan. Kumpulan biru, merah dan kuning. Walaupun kelas kitorang je yang join program ni tapi disebabkan sekelas 42 orang, event ni memang kecoh. Kenapa kecoh? Sebab semuanya perempuan. Kadang2 tak tau yang mana satu yang nak bercakap dulu. hihi..Tapi dorang ni semuanya bagus, dengar kate. Jadi, tak ade masalah sangat. Selepas selesai buat air, susun hadiah pulak.


Cuba tengok baju tu, same tak? Itu baju kelas. Dah lame idamkan baju kelas, akhirmya ada jugak. Suka sangat design baju ni. Selesa bila pakai. 




Faeqah dan Suhaile.
Dorang AJK multimedia.
Satu kumpulan dengan Yusra, kumpulan yusra ramai AJK multimedia dan makanan.
Sebab tula kadang2 yusra tengok kumpulan yusra ni sikit je.
Yang kat atas pulak duk sibuk hias dan pasang banner.


Yusra dibawah hanya tengok je :)


Sebelum start , kitorang dah banyak bergambar,
Boleh dikatakan that day kitorang memang tak pernah lari dari kamera.
Nasib baik semuanya cantik-cantik. haha.
Tapi dalam blog ni yusra letak sikit je.
takleh letak semua. Hampir 800 keping gambar.


Baru separuh cerita nih, dah banyak gambar...hihi
So, tanpa membazir masa, kami pun mulakan dengan senaman erobik.


GAMBAR 1
Permulaan senaman erobik, ok lagi.
cantik je susunan.


GAMBAR 2.
Bercampur kumpulan la pulak.


GAMBAR 3.
Berpecah dahhhh...
dan inilah pengakhiran senaman erobik kitorang


Lain yang disuruh, lain pulak yang dibuat,
hahaha..
memang kelakar. 
Semuanya bermula daripada Fitrah.
Selesai je daripada senaman erobik, kami terus kan dengan permainan yang pertama.
Untuk permainan ni, sikit je gambar yusra boleh letak dalam blog.
Sebab banyak gambar yang lucu
Hahaha..




Next game ialah bola pingpong sambil jalan gunakan tempurung,
Bila dengar name game ni, Yusra terus excited nak main sebab dah lame tak main permainan ni. Last Yusra main permainan ni mase sekolah rendah dulu. hahaha..
memang kekok gila nak jalan pakai tempurung,



Walaupun ade konflik lepas permainan ni, kitorang still lagi enjoy..
Next game adalah telinga karat ( kalau tak silap la )
Almost forget nama permainan ni..
tapi best sangat sebab lecture pun join.


OUR ' PA '
penasihat akademik


Aku paling benci game ni.
hahahahaha.. menguji minda dan ingatan betul.
last2. semua naya reka ayat sendiri.. hahaha.
Permainan yang ke empat ialah cari gula-gula dalam tepung.



Ni mainan terakhir.. bola beracun
Yusra tertinggal satu mainan. Belon air.
hihihi.. sori.. tak perasan. Banyak sangat gambar.
Lepas habis main.. 
kami bergambar sepuas puasnya.
sem depan tak leh jumpa dah..






Love this picture..
Love them
Tahniah tuk semua coz menjayakan first projek kite ni.
Happy + sedih pun ade.
Terharu dapat classmate macam korang.
Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat. InsyaAllah.










Friday, 14 June 2013

Welcome To POLISAS ( Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah )

Assalamualaikum..


Selamat datang ke POLISAS untuk junior2 ku. hehe.. Entry hari ni pendek je. Yusra juz nak ucap selamat datang untuk adik-adik yang akan menjadi warga POLISAS... Kepada adik adik yang belum tengok  gambar penuh POLISAS lagi.. nah.. meh kak Yusra tunjukkan.



Tak payah nak terkejut sangat lah bila tengok hutan tu,
Poli ni pencinta alam. Pemandangan hijau elok untuk mate tau.
POLISAS ni besar. Walaupun Yusra dah nak masuk sem 3, tapi rasenya Yusra belum habis pusing  dalam POLISAS ni. haha.
Frankly speaking, memang best sangat sangat menuntut ilmu dekat POLISAS ni.
Akak- akak and abang-abang disini baik-baik belaka. Don't worry. :)


WELCOME TO POLISAS !








Saturday, 27 April 2013

Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga

Assalamulaikum...

Yusra pasti korang mesti kenal kan Asyraf Imam muda..  tadi yusra bosan2 duk kat rumah then yusra pun terdetik nak bace majalah WANITA. Dan  Yusra bace yg Asyraf Imam muda tulis dan tajuknya ' WANITA LEBIH MUDAH MASUK SYURGA' dan teringin nak kongsikan kat korang.


Wanita sering digandingkan dengan sifat kelemahan tetapi sebenarnya kelemahan itulah kelebihan bagi mereka. Bagaimanapun wanita hari ini sudah tidak dipandang rendah lagi, wanita sudah mula dihargai. Wanita sudah mendapat pengiktirafan dunia sehingga ada yang dilantik menjadi pemimpin nombor satu Negara. Isu kita bukanlah taraf wanita  didunia, tetapi kita akan berbincang mengenai nasib wanita wanita di akhirat kelak. Pada asasnya, semua manusia layak menghuni syurga Allah sekiranya manusia itu mahu. Ini berdasarkan hadis " Setiap kamu telah layak memasuki syurga kecuali yang enggan. " Sahabat bertanya, "siapakah yang enggan wahai Rasulullah"? Sabda Rasulullah " Siapa yang mentaatiku masuk syurga, siapa yang mengingkariku dialah yang enggan."

Maka dalam hadis ini lelaki dan perempuan telah layak memasuki syurga. Tetapi keistimewaan perempuan untuk untuk ke pintu syurga lebih luas lagi. Mereka telah dijanjikan dengan lebih janji yang lebih kemas. Hadis Ummu Salamah " Sekiranya seseorang wanita meninggal dunia dan suaminya redha dengannya pasti akan masuk syurga" Walaupun wanita tidak dituntut mengangkat senjata seperti lelaki tetapi mereka memiliki ruang untuk mendapat syahid. Wanita mampu membersihkan dosanya dengan melahirkan anak dari rahim mereka. Inilah penghormatan dan anugerah besar pada wanita. Mereka adalah perantaran dalam proses penciptaan manusia sejak generasi pertama. Wanita diizinkan Allah menerima penghapusan dosa sebersih kain putih dalam setiap kelahiran anak. Mereka juga dikurniakan kasih sayang yang Allah iktiraf sebagai kasih terhebat makhluk kepada anaknya. Sehingga Rasulullah membandingkan kasih Allah pada hamba yang bertaubat lebih kuat daripada kasih seorang ibu pada anaknya.

Rasanya kasih ini adalah anugerah besar kepada hambanya. Kemudian Allah memberi pula ganjaran bila kasih ini dicurahkan. Wanita lebih mudah ke syurga berbanding lelaki. Seolah-olah kaki kanan wanita sudah di sana hanya menanti kaki kirinya melangkah masuk tetapi sangat menggerunkan lebih ramai wanita menghuni nereka daripada mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka. Wanita lebih mudah terarah melakukan dosa sedangkan dia tidak perlu melakukan banyak untuk mendapati syurga.

Wanita hanya perlu menjaga dirinya daripada dosa dan mencari keredhaan Allah dalam khidmatnya pada suami maka syurga terbentang menyambut kedatanganya. Tetapi yang mudah itu tetap menjadi susah apabila nafsu mendorong ke arah neraka. Maka dengan itu mendidik wanita haruslah dengan sehalus mungkin. Rasulullah mengingatkan " Wanita dicipta daripada rusuk yang paling bengkok..." bukankah menjelaskan kekhilafan wanita tetapi lebih kepada mendidik mereka perlukan kebijaksanaan. Tidak ada jalan lain dalam membentuk wanita ahli syurga melainkan kembali pada didikan al-Quran dan as-Sunnah. Bagaimana Rasulullah mendidik isteri-isterinya, anak-anaknya dan para wanita di zamannya. Maka jalan yang sama perlu diselusuri oleh pendidik wanita hari ini agar menerima hasil yang sama dalam mendapatkan wanita penghuni syurga yang membahagiakan muka bumi. " Sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah... " itulah sabda Baginda yang mengangkat wanita diatas segala keindahan dunia. Bagaimanapun menjadi wanita solehah bukan sekadar perhiasan dunia, ia juga jaminan ke syurga. Bagaimanapun wanita adalah kemegahan yang paling tersembunyi kerana mereka yang terbaik adalah yang paling  melindungi diri daripada khalayak atau kemasyhuran. Wanita adalah lambang kepada kerahsian dan juga malu. Wanita itu sifatnya perahsia dan dia sendiri menjadi rahsia yang sangat dipelihara oleh masyrakat. Jadi sangatlah wajar al-Quran menetapkan penutup-penutup kerahsian mereka dalam garisan pensyariatan aurat dan juga adab-adab pergaulan yang tinggi dan terpuji. Sehinggakan suara mereka juga menjadi perhatian al-Quran untuk dipadukan penjagaanya.

 
 
Wanita perlu menyedari hakikat pengiktirafan ini. Jika gagal menyedarinya akan membuatkan wanita tertipu dengan nilai-nilai yang direka bagi memperalatkan wanita untuk memuaskan golongan tertentu Amat rugi jika wanita merasakan janji syurga itu hanya pada lelaki padahal syurga dalah janji terindah yang perlu diraih oleh setiap manusia. Wanita perlu merasakan kegerunan azab nereka kerana mimpi buruk sepanjang hayat lebih indah daripada menghidu bau neraka. Tutuplah sebentar kedua-dua matamu dan cuba hayati seruan syurga yang indah dalam alunan tilawah surah an-Nisa dan surah an-Nur. Dua surah ini memberi banyak garisan pedoman mengenai wanita. Jika berpeluang ikutilah kuliah-kuliah tafsir berkenaan surah-surah ini.
 
Selain itu, wanita menjadi sumber amal soleh kepada lelaki. Wanita yang solehah akan menjadi sumebr pahala kepada si suami. Rasulullah berpesan kepada semua lelaki dengan sabda yang ringkas tetapi mengumpan " Sebaik-baik kamu yang paling baik pada orang rumahnya" Maka suami yang inginkan ganjaran kebaikan seharusnya berlaku baik pada wanita. Wanita sangat terpengaruh sebenarnya walaupun mereka sering dikaitkan dengan perkara remeh-temeh tetapi mereka telah terbukti mengubah damai menjadi perang dan merubah perang menjadi damai. Peranan wanita yang paling utama adalah dalam melahirkan manusia. Cemerlangnya ummah bermula dengan langkah pertama wanita dalam mendidik anak-anaknya, kegagalan ummah juga boleh disebabkan wanita dalam rangka mereka mengabaikan anak-anak.
 
Wanita telah diciptakan untuk menemani Adam ke syurga, Hawa adalah wanita pertama. Tetapi keinginan wanita perlu diberi bimbingan iman. Maka teman wanita yang selayaknya adalah al-Quran dan istighfar. Wanita yang tidak beriringan zikir akan dikawal hawa nafsu yang diriwayatkan mengepung wanita. Bagaimanapun tidak akan lahir kebaikan tanpa wanita yang baik dan tidak semua kejahatan itu daripada wanita. Wanita yang mendapat kasih sayang akan menabung kasih itu untuk dilaburkan pada generasi akan datang. Maka wanita yang berbakat besar menjadi wanita yang baik adalah wanita yang diikat dan dililit dengan kasih sayang yang sejati, kasih sayang rabbani. Iaitu perasaan kasih seorang ayah dan ibu dalam mendidik anaknya dengan Islam, kasih seorang guru dalam membekalkannya ilmu yang selari dengan garis tuntutan syarak. Cinta suami yang dinikahi dengan penuh konsep pengabdian diri kepada Allah.
 
Sesungguhnya wanita adalah makhluk yang diciptakan dengan segenap unsur kebaikan tetapi mereka akan dirosakkan sedikit demi sedikit oleh sistem masyarakat yang gagal menerapkan Islam sebagai cara hidup . Maka kita harus membuat pembaikan menyeluruh kepada sistem kemasyarakatan dalam melahirkan wanita penghuni syurga seramai mungkin di kalangan masyarakat kita yang semakin tandus nilai kasih sayang. Saya menyeru seluruh wanita agar mempertahankan maruah dan kredibiliti mereka dengan menjaga hak-hak Allah dalam diri mereka. Syurga adalah milik Allah dan pasti Allah menyediakan kepada yang Allah redha dan kasih.
 
Agak panjang coretan dari beliau.. tapi Yusra berharap perkongsian ini dapat memberi kita kesedaran.