Friday, 14 June 2013

Welcome To POLISAS ( Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah )

Assalamualaikum..


Selamat datang ke POLISAS untuk junior2 ku. hehe.. Entry hari ni pendek je. Yusra juz nak ucap selamat datang untuk adik-adik yang akan menjadi warga POLISAS... Kepada adik adik yang belum tengok  gambar penuh POLISAS lagi.. nah.. meh kak Yusra tunjukkan.



Tak payah nak terkejut sangat lah bila tengok hutan tu,
Poli ni pencinta alam. Pemandangan hijau elok untuk mate tau.
POLISAS ni besar. Walaupun Yusra dah nak masuk sem 3, tapi rasenya Yusra belum habis pusing  dalam POLISAS ni. haha.
Frankly speaking, memang best sangat sangat menuntut ilmu dekat POLISAS ni.
Akak- akak and abang-abang disini baik-baik belaka. Don't worry. :)


WELCOME TO POLISAS !








Saturday, 27 April 2013

Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga

Assalamulaikum...

Yusra pasti korang mesti kenal kan Asyraf Imam muda..  tadi yusra bosan2 duk kat rumah then yusra pun terdetik nak bace majalah WANITA. Dan  Yusra bace yg Asyraf Imam muda tulis dan tajuknya ' WANITA LEBIH MUDAH MASUK SYURGA' dan teringin nak kongsikan kat korang.


Wanita sering digandingkan dengan sifat kelemahan tetapi sebenarnya kelemahan itulah kelebihan bagi mereka. Bagaimanapun wanita hari ini sudah tidak dipandang rendah lagi, wanita sudah mula dihargai. Wanita sudah mendapat pengiktirafan dunia sehingga ada yang dilantik menjadi pemimpin nombor satu Negara. Isu kita bukanlah taraf wanita  didunia, tetapi kita akan berbincang mengenai nasib wanita wanita di akhirat kelak. Pada asasnya, semua manusia layak menghuni syurga Allah sekiranya manusia itu mahu. Ini berdasarkan hadis " Setiap kamu telah layak memasuki syurga kecuali yang enggan. " Sahabat bertanya, "siapakah yang enggan wahai Rasulullah"? Sabda Rasulullah " Siapa yang mentaatiku masuk syurga, siapa yang mengingkariku dialah yang enggan."

Maka dalam hadis ini lelaki dan perempuan telah layak memasuki syurga. Tetapi keistimewaan perempuan untuk untuk ke pintu syurga lebih luas lagi. Mereka telah dijanjikan dengan lebih janji yang lebih kemas. Hadis Ummu Salamah " Sekiranya seseorang wanita meninggal dunia dan suaminya redha dengannya pasti akan masuk syurga" Walaupun wanita tidak dituntut mengangkat senjata seperti lelaki tetapi mereka memiliki ruang untuk mendapat syahid. Wanita mampu membersihkan dosanya dengan melahirkan anak dari rahim mereka. Inilah penghormatan dan anugerah besar pada wanita. Mereka adalah perantaran dalam proses penciptaan manusia sejak generasi pertama. Wanita diizinkan Allah menerima penghapusan dosa sebersih kain putih dalam setiap kelahiran anak. Mereka juga dikurniakan kasih sayang yang Allah iktiraf sebagai kasih terhebat makhluk kepada anaknya. Sehingga Rasulullah membandingkan kasih Allah pada hamba yang bertaubat lebih kuat daripada kasih seorang ibu pada anaknya.

Rasanya kasih ini adalah anugerah besar kepada hambanya. Kemudian Allah memberi pula ganjaran bila kasih ini dicurahkan. Wanita lebih mudah ke syurga berbanding lelaki. Seolah-olah kaki kanan wanita sudah di sana hanya menanti kaki kirinya melangkah masuk tetapi sangat menggerunkan lebih ramai wanita menghuni nereka daripada mendiami syurga yang terbentang luas untuk mereka. Wanita lebih mudah terarah melakukan dosa sedangkan dia tidak perlu melakukan banyak untuk mendapati syurga.

Wanita hanya perlu menjaga dirinya daripada dosa dan mencari keredhaan Allah dalam khidmatnya pada suami maka syurga terbentang menyambut kedatanganya. Tetapi yang mudah itu tetap menjadi susah apabila nafsu mendorong ke arah neraka. Maka dengan itu mendidik wanita haruslah dengan sehalus mungkin. Rasulullah mengingatkan " Wanita dicipta daripada rusuk yang paling bengkok..." bukankah menjelaskan kekhilafan wanita tetapi lebih kepada mendidik mereka perlukan kebijaksanaan. Tidak ada jalan lain dalam membentuk wanita ahli syurga melainkan kembali pada didikan al-Quran dan as-Sunnah. Bagaimana Rasulullah mendidik isteri-isterinya, anak-anaknya dan para wanita di zamannya. Maka jalan yang sama perlu diselusuri oleh pendidik wanita hari ini agar menerima hasil yang sama dalam mendapatkan wanita penghuni syurga yang membahagiakan muka bumi. " Sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah... " itulah sabda Baginda yang mengangkat wanita diatas segala keindahan dunia. Bagaimanapun menjadi wanita solehah bukan sekadar perhiasan dunia, ia juga jaminan ke syurga. Bagaimanapun wanita adalah kemegahan yang paling tersembunyi kerana mereka yang terbaik adalah yang paling  melindungi diri daripada khalayak atau kemasyhuran. Wanita adalah lambang kepada kerahsian dan juga malu. Wanita itu sifatnya perahsia dan dia sendiri menjadi rahsia yang sangat dipelihara oleh masyrakat. Jadi sangatlah wajar al-Quran menetapkan penutup-penutup kerahsian mereka dalam garisan pensyariatan aurat dan juga adab-adab pergaulan yang tinggi dan terpuji. Sehinggakan suara mereka juga menjadi perhatian al-Quran untuk dipadukan penjagaanya.

 
 
Wanita perlu menyedari hakikat pengiktirafan ini. Jika gagal menyedarinya akan membuatkan wanita tertipu dengan nilai-nilai yang direka bagi memperalatkan wanita untuk memuaskan golongan tertentu Amat rugi jika wanita merasakan janji syurga itu hanya pada lelaki padahal syurga dalah janji terindah yang perlu diraih oleh setiap manusia. Wanita perlu merasakan kegerunan azab nereka kerana mimpi buruk sepanjang hayat lebih indah daripada menghidu bau neraka. Tutuplah sebentar kedua-dua matamu dan cuba hayati seruan syurga yang indah dalam alunan tilawah surah an-Nisa dan surah an-Nur. Dua surah ini memberi banyak garisan pedoman mengenai wanita. Jika berpeluang ikutilah kuliah-kuliah tafsir berkenaan surah-surah ini.
 
Selain itu, wanita menjadi sumber amal soleh kepada lelaki. Wanita yang solehah akan menjadi sumebr pahala kepada si suami. Rasulullah berpesan kepada semua lelaki dengan sabda yang ringkas tetapi mengumpan " Sebaik-baik kamu yang paling baik pada orang rumahnya" Maka suami yang inginkan ganjaran kebaikan seharusnya berlaku baik pada wanita. Wanita sangat terpengaruh sebenarnya walaupun mereka sering dikaitkan dengan perkara remeh-temeh tetapi mereka telah terbukti mengubah damai menjadi perang dan merubah perang menjadi damai. Peranan wanita yang paling utama adalah dalam melahirkan manusia. Cemerlangnya ummah bermula dengan langkah pertama wanita dalam mendidik anak-anaknya, kegagalan ummah juga boleh disebabkan wanita dalam rangka mereka mengabaikan anak-anak.
 
Wanita telah diciptakan untuk menemani Adam ke syurga, Hawa adalah wanita pertama. Tetapi keinginan wanita perlu diberi bimbingan iman. Maka teman wanita yang selayaknya adalah al-Quran dan istighfar. Wanita yang tidak beriringan zikir akan dikawal hawa nafsu yang diriwayatkan mengepung wanita. Bagaimanapun tidak akan lahir kebaikan tanpa wanita yang baik dan tidak semua kejahatan itu daripada wanita. Wanita yang mendapat kasih sayang akan menabung kasih itu untuk dilaburkan pada generasi akan datang. Maka wanita yang berbakat besar menjadi wanita yang baik adalah wanita yang diikat dan dililit dengan kasih sayang yang sejati, kasih sayang rabbani. Iaitu perasaan kasih seorang ayah dan ibu dalam mendidik anaknya dengan Islam, kasih seorang guru dalam membekalkannya ilmu yang selari dengan garis tuntutan syarak. Cinta suami yang dinikahi dengan penuh konsep pengabdian diri kepada Allah.
 
Sesungguhnya wanita adalah makhluk yang diciptakan dengan segenap unsur kebaikan tetapi mereka akan dirosakkan sedikit demi sedikit oleh sistem masyarakat yang gagal menerapkan Islam sebagai cara hidup . Maka kita harus membuat pembaikan menyeluruh kepada sistem kemasyarakatan dalam melahirkan wanita penghuni syurga seramai mungkin di kalangan masyarakat kita yang semakin tandus nilai kasih sayang. Saya menyeru seluruh wanita agar mempertahankan maruah dan kredibiliti mereka dengan menjaga hak-hak Allah dalam diri mereka. Syurga adalah milik Allah dan pasti Allah menyediakan kepada yang Allah redha dan kasih.
 
Agak panjang coretan dari beliau.. tapi Yusra berharap perkongsian ini dapat memberi kita kesedaran.




Tuesday, 23 October 2012

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN (DSK)

Assalamualaikum semua.. ape khbar? hope smua shat2 laa ye.. mybe korang dah tahu yg skrang ni yusra tgah cuti. Tapi bukan cuti semester. Cuti raye haji je.. hehe.. cuti sem lambat lagi lohh..
Now , yusra nak kongsi skit dgn korang ni fasal DSK. Mle2 yusra dpt twrn kos ni pun yusra xtau ape.. ble survey2 mkne DSK, bru laa thu Diploma Sains Kesetiausahaan rupenye.. tp ramai juga yg xtau kos ni bljar ape, tntg ape. Meh yusra crte ckit kos ni yg yusra bljr dkt POLISAS.


hehe.. ni gambar polisas..
kalau korang nak thu kos ni dulu dekat politeknik sikit je.
tp sekarang ni tak salah yusra laa kan 9 politeknik yg telah wujudkn 
di poli masing2.. so, masing2 tgah bersaing laa coz nk senang dapat kerja kan.
lagipun , kos ni orang x brpe knal sangat. yg dapat kos ni pun yg btol2 mnat tentang
setiausaha, cari2, jumpe laa kos ni. Tp yg lemah matematik tu jgn risau, sebab kalau korang 
nak sangat ambik kos ni syarat utama ialah mesti kredit BI. klau rsult bi korang ok, bleh laa apply kos ni.
yusra pun xberani nak 
crta pnjg mengenai kos ni
sebab yusra pun baru je sem 1..
Tapi xpe lah.. juz bagi info skit2 xpe laa kan.
Ok. kalau bagi sem 1 , subjek yg kena ambik 8 je,
memang laa banyak.. tp jgn bimbang, final exam juz 2 
subjek je kite kena ambik. sem 1 je.. sem 2 ke atas, bnyk laa..

OFFICE ADMINISTRATION

Subjek ni bagi yusra susah laa jgak.. tapi ssh bg org yg malas membace macam yusra ni. Subjek ni korang kena bnyak membace coz ble test or final exam, soalan dye smua nya dri bku. Mcam korang belajar sejarah.. mcm tu la contoh nya. Contoh saje. Bukan same 100%. Melalui subjek i korang akan belajar cre urus pejabat, camne nak jd setiusaha yg berjaye. Macam2 lah.

KEYBOARDING SKILLS

Subjek yang kedua ialah keyboarding skills. Subjek ni bagi yusra killer jgak laa coz kita kna bljar menaip gune 10 jari.. korang gune brpe jari ble menaip?? 2? 3? hehe.. xpe2.. ble korang blajar kyboardng skills kompem korang taip laju macam roket lah. Subjek ni banyak praktikal coz nk melatih diri kite supaya taip laju. Kate nak jadi setiausaha, jadi kena taip laju laa cikit. Korang belajar menaip menggunakan typewriter. Nk tahu ' wajah ' sebenar typewriter? tgok kt bawah.



OFFICE SUITE SOFTWARE

Ni subjek paling ysra suke.. hehe.. sbb ble masuk je dalam makmal, yusra bke laptop, then trus je on9.. hehe.. grau je.. sekali kale on9 dalam kelas xpe kan. Alah, macam laa korang xpernah buat kan..hehe.. Subjek i korang akan belajr gne powerpoint,microsoft office. Senang jugak laa subje ni.

MICROECONOMICS

Satu lagi subjek killer yusra. Ekonomi. adoyai. Subjek ni susah ler.. tp ble korang belajar. Senang je laa.

ENGLISH COMMUNICATIVE 1

Kalau korang nak tahu, ni laa subjek kegemaran ysra! hehe.. Maybe sbb yusra memang mnat english kot.. tambah lagi lecture yusra tu memang terbaik laa. Opss lupe, habis cuti raye haji ni yusra ade presentation . Doakan yusra tau!

AGAMA ISLAM

Bila korang dgr subjek ni korang mesti rase mcm biase2 je kan. Tapi yusra perasan subjek agama yang yusra belajar sekarang ni memang same dgn subjek tasawwur islam yg yusra pernah belajr mase tngkatan 5 dulu. Best subjek ni sebb ustazah yusra memang best!! hehe.. syang sgt2. Tapi sekarang ni ustaz yang ajar coz ustazh yusra pergi haji. Alhamdulillah.

KOKURIKULUM

Subjek ni wajib bagi sem 1. jgn berangan nak lari laa.. hehe.. korang kena kawad. bt perbentangan,subjek ni leceh laa skit kot.. hehe.. bukan ape.. ye laa. yusra dulu kan pancaragam. Pandai main muzik je. Lagipun kawad pancaragam bukan same macam kawad yg yusra beljar sekarng ni.Memang susah laa bagi yusra. Tapi best laa duk padang ramai2. Ibarat kate adik kesayangan yusra macam 'sotong kering'. hehe.. 

FINAL EXAM?

Haa.. subjek yang final kne ambik adalh OFFICE ADMINISTRATION dan MICROECONOMICS.

2 lagi subjek yang kena masuk kelas ialah PA ( penasihat akedemik) dan Pendidikan Moral. Pendidikan moral ni subjek bagi non muslim. Klau ad slah yg yusra explain pasal kos ni, tgur2 laa ye. 
ni saje tuk entri kali ni. 
lain hari lain entri k.. salam.